-->

Radzman Rodzi : Diari Hatiku

Hubungan Silaturrahim..


Assalamualaikum..
Salam sejahtera ke atas kamu..
Pada zaman moden nie, ramai yg mengabaikan hubungan sesama muslim.. hal nie berlaku apabila kita turut sama mengabaikan hubungan kita dgn Allah.. kita sudah semakin jauh daripada Allah sekiranya kita tidak melakukan apa yg disuruh oleh Allah, seperti tidak sujud kpd Dia, melakukan dosa2 dan sebagainya.. ingatlah bahawa Allah akan sentiasa menjaga kita sekiranya kita melakukan apa yg disuruh, dan meninggalkan apa yg dilarang..
Hubungan sesama muslim perlu dijaga kerana Rasululllah SAW pernah berkata bahawa amalan yg boleh membawa kita ke syurga salah satunya adalah dgn mengeratkan hubungan silaturrahim..
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. 
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. 
Apabila kita berbuat baik kpd org lain, jiran, adik beradik, dan org Islam yg lain, banyak kelebihan yg kita akan dapat..disamping kita nasihat menasihati antara satu sama lain, kita juga boleh tolong menolong bila kita memerlukan pertolongan, atau sebaliknya..hal ini turut dinyatakan dalam satu hadis :
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
Oleh itu, kekalkanlah hubungan baik sesama kita, kerana banyak manfaat daripada perkara baik yg kita lakukan.. Amal yg baik pasti akan mendapat ganjaran yg baik..ikhlaslah dalam apa jua yg kita lakukan. Inshaa Allah kita akan selamat di dunia & akhirat..Assalamualaikum :)









Posted by Radzman Rodzi
Older Post Home
[close]

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  March (4)
      • Hubungan Silaturrahim..
      • Pesanan buat semua..
      • Teropong..
      • Betoi ka Bohong ?
    • ►  February (3)
  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)

About Me

My photo
Radzman Rodzi
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.