-->

Radzman Rodzi : Diari Hatiku

Pesanan buat semua..


Assalamualaikum..
Salam sejahtera ke atas kamu..

Kawan terbahagi kepada banyak cabang..ada kawan biasa, kawan baik, dan banyak lagi..ada yg suka berkawan dgn kawan yg tidak sama jantina, & ada jugak yg sebaliknya.. Namun begitu, kita sebagai oaring Melayu yg beragama Islam, mempunyai beberapa hukum & batas-batas yg perlu dijaga sepanjang kita berkawan.. Terutama apabila kita berkawan dgn jantina yg lain.. Imam al-Ghazali juga ada memberi pesanan sekiranya kita ingin berkawan..
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [ Riwayat Al-Tabrani ]

Selain daripada itu juga, kita juga ditegah sama sekali dalam Islam agar tidak berdua-duaan antara lelaki & perempuan yg bukan muhrimnya.. hal ini kerana setiap manusia yg diciptakan oleh Allah dikurniakan dgn nafsu, dan syaitan juga telah berjanji dgn Allah akan terus menyesatkan manusia sehingga hari Kiamat..  Ini jelas dinyatakan di dalam hadis ini..

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [ Riwayat Al-Tabrani ]
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Oleh itu, hendaklah kita menjaga batas-batas pergaulan kita sesama kawan, terutama yg berlainan jantina.. Ingatlah bahawa sesungguhnya azab Allah itu sgtlah berat.. berat nanang deh.. sama-samalah kita berpesan2 sesama umat Islam agar agama Islam terus digeruni & disanjungi di serata dunia..inshaa Allah.. Assalamualaikum J

Posted by Radzman Rodzi
Newer Post Older Post Home
[close]

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  March (4)
      • Hubungan Silaturrahim..
      • Pesanan buat semua..
      • Teropong..
      • Betoi ka Bohong ?
    • ►  February (3)
  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)

About Me

My photo
Radzman Rodzi
View my complete profile
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.